Monday, 4 June 2012

Cemerlang Sains Dengan Peta Minda bahagian 1

Cemerlang Sains Dengan Peta Minda begitulah bunyi sebuah laman sesawang yang mempromosi e-book yang berharga RM10-RM60 mengenai peta minda secara online.

Tahukah anda apakah peta minda? Apakah beza peta minda dan peta konsep?

Peta minda ialah illustrasi yang menyerupai peta konsep tetapi ia adalah lebih ringkas, berjejari dengan hanya ada satu kata kunci dari pusatnya.
Peta konsep mempunyai banyak kata kunci yang mungkin tidak berjejari.  Pengasas peta minda ialah Tony Buzan.  Beliau sudah menjejak kaki Malaysia mempromosikan konsep peta minda pada 2010.

Penciptaan peta minda bermula pada akhir 1960-an oleh Tony Buzan yang kini digunakan oleh jutaan individu di seluruh dunia. Peta minda digunakan oleh semua golongan daripada yang sangat muda hingga kepada yang sangat tua di mana mereka ingin menggunakan pemikiran dengan lebih berkesan.
From left to right: Dr. Ahmad Hairi Abu Bakar (Executive Director, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd), Dato’ Abd. Ghafar Bin Mahmud (Director of IAB), Chris Tiew (Managing Director, Buzan Malaysia) and Tony Buzan - Source: Utusan Malaysia, 4 March 2010


Matapelajaran Sains merupakan satu matapelajaran yang agak sukar bagi kebanyakan pelajar. Ini adalah kerana  seorang pelajar perlu mengingati dan menghafal  banyak konsep dan fakta.  Maka suatu alat diperlukan untuk menguasainya.  Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematis dan berkesan.  Dengan menggunakan alat berfikir ini, idea-idea yang disampaikan akan menjadi lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. 
Yang tercakup dalam alat berfikir ini adalah: 
(i) Soalan dan penyoalaan 
(ii) Pengurusan grafik 
(iii) CoRT  
(iv) Peta minda


Dalam entri ini admin blog hanya ingin berbincang mengenai peta minda.

Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya.  

Kegunaan peta minda.



Peta minda adalah sangat sesuai digunakan untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya. Ringkasnya tujuan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar: 

(i) Mencatat nota dengan mudah. 

(ii) Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya. 

(iii) Mengingat sesuatu dengan mudah. 

(iv) Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar